Bagaimana membina minda jutawan

Home Top Ad

Pengajaran yang saya dapat dari mentor-mentor and pembacaan adalah niat kita sebelum memulakan bisnes. Ramai diantara kita menjadi kan Wan...

Niat Dalam Perniagaan

Pengajaran yang saya dapat dari mentor-mentor and pembacaan adalah niat kita sebelum memulakan bisnes.

Ramai diantara kita menjadi kan Wang sebagai matlamat utama. Ini adalah konsep yang sangat salah.

Prioriti Utama menjadikan Wang sebagai Matlamat Utama akan menyebabkan anda bekerja untuk wang atau menjadi hamba wang.

Jika matlamat ini digunakan, maka kadar semangat anda untuk bertahan dalam perniagaan tidak akan kekal lama.

Ini kerana pendapatan anda berkemungkinan ada masa untung dan pada ketika lain rugi.

Naik turun perniagaan dan sepak terajang dalam menjalan perniagaan menyebabkan ramai orang gagal dalam perniagaan. Mungkin untuk 1-4 tahun anda boleh bertahan, selepes itu apa yang berlaku. Ramai yang gulung tikar disebabkan tiada kekuatan diri dna ini membawa kepada kejatuhan dalam perniagaan.

Rata-rata jutawan yang saya kenali mengatakan matlamat utama kita perlu diubah kepada sesuatu yang lebih besar daipada keperluan diri kita.

Ia banyak melibatkan apa yang kita perjuangkan dan apa matlamat hidup kita.

Matlamat utama mereka adalah "Saya ingin menolong orang lain!". Saya ingin mengubah ramai orang dan membantu seramai mungkin orang.

Jika anda perlu berpanas dan berhujan untuk menolong orang lain maka ini adalah semangat yang perlu ada dalam diri usahawan.

Jika kita jadikan "Wang" sebagai matlamat utama, kita kadangkala mengira usaha kita tersebut dalam bentuk material atau dalam bentuk ringgit.  Sebagai contoh, jika saya hantar produk secara COD, saya akan dapat untug hanya RM10 tetapi jika saya melakukan penghantaran  pos laju, saya untung RM20. Kadangkala jumlah keuntungan RM10 dikira rendah dan ianya termasuk susah payah kita menghantar produk tersebut.

Tetapi jika kita memikirkan matlamat menolong orang, jika pelanggan kita mendapat produk ini lebih awal, mungkin ia dapat mengubah kehidupan/kesihatan pelanggan tersebut.

Dari situ, kita telah mendapat aura positif dari pelanggan dan ini akan merebak jika pelanggan tersebut mula menceritakan kepada kawan-kawan.

Wang akan datang secara secondary apabila matlamat kita menolong adalah yang paling utama.

Kita selalu dengar orang tulis "What Comes Around Goes Around!".

Apa yang kita buat baik akan berbalik kepada kita begitu juga sebaliknya.


0 comentários: