Cetusan idea.
Anda mahu mendapat pendapatan pasif melalui atas harta nama orang lain? Dan mendapat pahala yang berterusan setelah anda meninggal dunia kelak?
Buat cara ini,
Belikan sebuah rumah untuk setiap anak-anak anda menggunakan wang simpanan besar anda. Samada yang memperolehi wang besar melalui simpanan KWSP, menjual harta, projek kontrak, komisyen agen atau apa sahaja pendapatan yang halal daripada rezeki yang tidak disangka.
Anda juga boleh peruntukkan membeli sebuah lagi rumah sewa sebagai wakaf bila anda meninggal dunia kelak.
Beli hartanah tersebut secara tunai atas nama setiap anak mengikut kemampuan anda melalui jualan lelong kerana harganya mungkin boleh diperolehi sehingga 50% di bawah harga pasaran.
Rumah-rumah tersebut kelak bakal menjadi semata-mata pelaburan hartanah untuk disewakan.
Anda sebenarnya mencipta PENDAPATAN PASIF.
Anda mengutip sewanya setiap bulan selagi hayat dikandung badan. Anak-anak terpaksa menunggu rumah tersebut untuk menjadi hakmilik mutlak mereka sehinggalah anda meninggal dunia kelak.
Maka secara otomatis, anda telah menghadiahkan rumah-rumah tersebut kepada mereka! Dan sebuah rumah wakaf untuk surau atau masjid atau badan kebajikan anak-anak yatim yang akan diurus oleh seorang pentadbir yang juga waris anda. Tak perlu lagi wasiat mahupun farait atas hartanah tersebut.
Anak-anak pula boleh menyambung meneruskan legasi mengutip sewa atau mereka membuat keputusan untuk tinggal di dalamnya atau mereka mahu menjualnya.
Anda tidak perlu risau lagi kerana ketika itu anda sudahpun meninggalkan dunia ini!
Kredit to Wan Roslan IQ Wang
0 comentários: