Bagaimana membina minda jutawan

Home Top Ad

Kerisauan bagi setiap manusia adalah REZEKI. Mereka risau tiada duit, mereka risau ketiadaan zuriat, mereka risau tidak punya kerjaya dan be...

4 ALASAN UJIAN ITU REZEKI


Kerisauan bagi setiap manusia adalah REZEKI. Mereka risau tiada duit, mereka risau ketiadaan zuriat, mereka risau tidak punya kerjaya dan bermacam-macam lagi yang buatkan mereka risau. Namun begitu mereka lupa bahawasanya rezeki itu luas. Allah mendatangkan rezeki dalam pelbagai bentuk, justeru itu kita sebagai manusia jangan lah terlalu risau akan ketiadaan rezeki kerana Allah tidak akan berhenti memberi rezeki kepada setiap manusia selagi manusia itu berpegang teguh pada jalan Allah SWT.


Hidup terasa sulit, rezeki seret, senantiasa ditimpa kemalangan, hati-hati bisa saja itu azab atau mungkin ujian dari Allah. Azab hanya diberi pada pendosa sementara ujian diberikan pada orang beriman. Tipu lah jika seseorang itu mengatakan yang beliau tidak pernah ditimpa musibah. Setiap manusia ada ujiannya tersendiri. Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.



4 ALASAN UJIAN ITU REZEKI


Dengan ujian, manusia akan mendapat hal yang lebih dari Allah SWT. Ujian itu rezeki kepada kita kerana melalui ujian, kita :


Membayangkan akan datangnya kebaikan.


Ujian itu datang beserta kemudahan bersamanya. Tetapi manusia terlampau memikirkan ujian yang menimpa tanpa memikirkan jalan penyelesainnya. Ada kalanya jalan penyelesaiannya ada di depan mata, namun ianya tidak kelihatan kerana ditutupi dengan tangisan. Bagi orang mukmin, mereka akan menempuh ujian itu dengan positif kerana mereka yakin dengan janji Allah.


Berzikir dengan baik dan khusyuk.


Sebelum ni kadangkala manusia alpa dari mengingati Allah. Apabila mereka di datangani ujian, maka mereka akan serta merta ingat pada Allah. Mereka terus melakukan ibadah serta bibir sentiasa berzikir menyebut nama Allah.


Hidup berhiaskan kesabaran.


Orang-orang yang beriman akan sentiasa sabar dalam menempuh ujian yang diberikan. Justeru mereka diterapkan sebagai kekasih Allah SWT.


Mengharapkan pahala yang lebih baik.


Setelah didatangi ujian, orang beriman akan teguh melakukan ibadah kepada Allah, sabar dalam ujian yang diberikan serta tabah menempuhnya. Dari situ pahala seseorang itu akan terus bertambah.



Semoga kita semua sabar dan tabah dalam menghadapi ujian Allah SWT.
Yakinlah di sebalik kesusahan itu, ada kemudahan. inshaa Allah.

0 comentários: