Bagaimana membina minda jutawan

Home Top Ad

Kadangkala kita tidak tahu mengapa kita perlu pergi kursus atau perlu baca buku berkaitan pengurusan kewangan! Mari saya bentangkan menga...

Mengapa kita perlu pergi kursus

Kadangkala kita tidak tahu mengapa kita perlu pergi kursus atau perlu baca buku berkaitan pengurusan kewangan!

Mari saya bentangkan mengapa?

Ada banyak kebaikannya jika anda boleh meluangkan masa untuk menuntut ilmu itu atau lebih tepat terdapat banyak kelebihannya.

Pertama, kita boleh belajar daripada orang yang lebih berpengalaman.

Kedua, kita boleh mengelak kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh orang lain.

Ketiga, kita boleh buat perbandingan bahawa apa yang kita buat selama ini samada mengikut landasan yang betul atau pun terpesong!

Keempat, kita boleh perbetul yang mana kurang atau tingkatkan cara yang lebih baik mengurus kewangan.

Kelima, kita akan lebih berasa yakin tentang pelaburan yang kita buat, sama dengan cara orang yang berpengalaman buat.

Keenam, tidak rugi apa-apa pun jika cara orang berpengalaman buat itu sama sepertimana kita buat. Setidak-tidaknya ia mengesahkan bahawa pengurusan dan pelaburan kita itu betul!

Ketujuh, kita boleh tidur lena jika urusan kehidupan kita itu sepertimana orang yang berjaya telah lakukan!

Kelapan, kita boleh belajar bagaimana mengelak daripada ditipu, terperdaya, atau dimanupulasi dalam melabur dan mengurus kewangan yang boleh membawa bencana!

Belajarlah..tidak rugi apa-apa pun!


Kredit to Wan Roslan IQ wang


0 comentários: